Unknown
20 February 2016

Assalamualaikum....

Hai korang semua... ok entry kali nie seperti yang dijanjikan wanie akan share cerita masa wanie dan family beriadah ke Pantai Minyak Beku di Batu Pahat. ermmmm apa yang best kat Pantai minyak beku ea??? ok jawapan nya sebab kat sini ada Perigi Batu Pahat. Perigi nie istimewa sebab perigi nie ada sejarah die sendiri dan di sebabkan perigi nie la terjadi nya nama Batu Pahat.

Perigi Batu Pahat nie terletak betul2 kat tepi pantai Minyak beku dan berdekatan dengan balai polis Minyak Beku. Size perigi nie comey2 jer dalam 10 kaki dan mengikut sejarah perigi nie dah dipahat oleh askar2 Siam masa dieorang larikan diri time dieorang tewas dalam peperangan masa dieorang serang Melaka masa pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka ke III (144-1459).  Waktu kejadian askar2 Siam dikejar oleh Bendahara Tun Perak, Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya sampai la ke Muar. Masa askar2 Siam nie sampai di Batu Pahat dieorang dah pahat batu di kawasan yang mengalirkan air sampai la jadi sebuah perigi.  Lepas tu dieorang teruskan lagi perjalanan ke Selatan dan balik ke Siam melalui jalan Laut China Selatan. Batu pahat dapat nama bersempena dengan peristiwa nie la dan sebelum tu nama Bnadar Batu Pahat nie adalah Bandar Penggaram tapi dah diganti dengan nama Batu Pahat. Penggaram nie pulak nama nya datang dari perkataan "pangkal Jeram sebab kat situ ada jeram yang berdekatan dengan sungai kecik yang mengalir dari bukit belakang bandar Batu Pahat.. haaaa xpe2 jangan susah hati kalau x faham nanti datang sendiri kat perigi nie boleh la baca sejarah perigi nie.. sejarah perigi nie diterangkan dalam 4 bahasa tau iaitu Bahasa Melayu, English, Bahasa China dan Bahasa Korea kot hahaha x sure..

kat bawah nie gambar perigi dan papan yang menceritakan tentang asal usul perigi ni.


jalan untuk ke perigi. di sebelah kanan korang akan nampak Balai Polis Minyak beku dan sebelah kiri Pantai Minyak Beku


nie la perigi yang wanie citer tadi ^_^ papan history nie depan belakang da wording sebab da 4 bahasa kan hehehe

Pantai Minyak Beku nie terletak lebih kurang 10 ke 15 kilometer daripada pusat Bandar. Jalan nak ke sini pun agak terpencil dan susah sikit la. plus jalan die agak bengkang-bengkok. Tapi jangan risau jalan nak ke sini da banyak papan tanda tapi kalau risau jugak boleh la guna Mr. Google atau Mrs Waze. Sikit tips yang wanie boleh bagi kalau korang nak ke sini korang cari dulu landamark batu pahat iaitu monumen Tangan Terapung yang tengah pahat batu. monumen di ada di dataran Batu Pahat. so daripada situ korang akan nampak papan tanda ke Pantai Minyak Beku so apa lagi follow je la hehehe.

Di Pantai Minyak Beku nie kalau waktu weekend2 (iaitu hari Jumaat dan Sabtu ea untuk Johor) ada banyak gerai yang bukak kat tepi2 jalan.. wanie suggestkan korang try makan burger kat situ.. sebab bagi wanie burger kat situ memang sedap.. kat sini da satu jer kedai burger jadi senang la korang nak cari.. harga pun not bad RM 2.50 untuk burger daging biasa cuma kalau air dalam botol tu mahal sikit la RM1.50 untuk air dalam botol yang memang dah tertulis harga die RM1 kat botol tu.. heheh tp xpe la halal kan je ^_^ Selain dari burger kat sini pun ada jual jagung, kepak ayam madu, ais krim, nugget dan macam 2 lagi la hahaha.  bagi wanie seronok sangat datang sini petang2 dengan family tersayang.. jalan2 tepi pantai sampai rasa angin pantai yang sepoi2 bahasa.. fuh best sangat..

haaa bagi korang yang suka memancing boleh la datang sini untuk memancing sebab wanie tengok ramai jugak yang datang memancing kat sini.. dah penat berceloteh so moh la menjamu mata dengan gambar2 kami sekeluarga ^_^














Salam Sayang
WanieZulkafli
xoxo
0 Responses

Post a Comment