Unknown

Assalamualaikum..
heheheh bulan puasa nie semangat untuk berkongsi resepi semakin membuak2..hohohoh ea la time2 nie la semua jenis makanan nampak sedap ea dak?? ok sekarang wanie nak kongsi resepi Kek Batik pulak. Budak2 memang suka sangat kek macam nie sebab macam makan coklat hehehe.

Bahan-Bahan 

* Biskut Marie (1pkt dihancurkan)
* Serbuk koko (ikut suka korang nak banyak mana)
* Milo (1 paket kecil)
* Susu pekat manis (1/2 tin)
* Butter ( 250g)
* SpringForm Pan


Cara Penyediaan :-

1) Cairkan butter dalam periuk. 
2) Kemudian masukkan susu pekat dan gaul sebati.
3) Masukkan serbuk koko dan milo di dalam adunan tadi dan gaul sebati ( api yang kecil sahaja ea).
4) Masukkan biskut marie yang dah dipatahkan tadi ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati.
5) Masukkan dalam loyang dan biarkan didalam peti sejuk selama 4 ke 5 jam (sehingga kek keras ea)
6) Sedia untuk dihidang..


hahahaha lagi senangkan.. cuba la anak2 korang dan adik2 korang  mesti suka.. nyum nyum!! 
SELAMAT MENJAMU SELERA.

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo


0 Responses

Post a Comment