Unknown


Assalamualaikum readers ^_^

Hope korang semua sihat. wanie x brapa sihat hari nie :( demam sikit, selsema sikit huhuu tapi duk belek2 fb Kak Azlina nie ternampak la kek pandan nie.. nampak sedap n mengiurkan :) jadi tu yang terfikir nak save kat dalam blog nie.. hehehe tq akak for the resepi heheh :*

Bahan- Bahan

Strawberry (untuk hiasan)
125g Butter
1/2 cawan gula halus
Sedikit Esen Vanilla
2 biji telur
1/2 cawan santa kotak (KARA)
1sk perisa pandan coconut emolco
1sk pewarna dark green
1  1/2 Cawan tepung kek naik sendiri bluekey
1/2 cawan tepung gandum
1sb tepung jagung
1sk baking powder
100g gula melaka di hancurkan
1/4 cawan air masak
1 helai daun pandan
125g butter unsalt
1/2 cawan gula ising
1sk emolco coconut pandan
sedikit pewarna hijau
250g cream cheese
2sb santan
2sb karamel gula (buat sendiri tadi)

Cara Penyediaan 

1) Ayakkan 1 cawan tepung kek naik sendiri bersama 1/2 tepung gandum, 1sb tepung jagung dan 1sk baking powder. Ketepikan.

2) Adunan 1. Campurkan 1/2 cawan santan kotak, 1sk perasa pandan coconut emolcodan 1sk pewarna dark green. Gaul sebati dan ketepikan.

3) Adunan 2. Mix kan 125g butter, 1/2 cawan gula halus, dan sedikit esen vanilla sehingga menjadi putih gebu gebas.

4) Bila butter dah kembang dan gebu gebas kita masukkan 2 biji telur. ( masukkan satu per satu) dan mix sekejab.

4) Apabila adunan dah sebati masukkan tepung yang di ayak tadi sikit2 dan di selang selikan dengan adunan 1 (adunan santan, emolco dan pewarna hijau) sampai habis.

5) Sediakan Dulang kek dan alaskan dulang menggunakan baking paper. Tuangkan adunan kek tadi dan bakar pada suhu 170"'c dalam masa 45 minit  ke 50 minit. gunakan api atas dan bawah @ kukus 45 minit menggunakan api biasa.

6) Sementara kek masak kita boleh la sediakan karamel gula melaka ea hehehe. Masakkan 100g gula melaka yang di parut tadi bersama 1/4 cawan air dan 1 helai daun pandan. Masak sampai gula larut ea dan biarkan sedikit sejuk.

7)Bila kek dah masak kita boleh belah kek tadi ke pada dua bahagian ea dan ketepikan.

8) Sekarang kita sediakan butter cream cheese plak ea. Mix kan 125g butter unsalt, 1/2 cawan gula ising, 1sk emelco coconut pandan dan sedikit pewarna hijau.

9) Bila dah sebati masukkan 250 g cream cheese dan mixkan. Kemudian masukkan 2 sb santan, 2sb karamel gula yang kita buat tadi dan mix kan sebati.

10) Ambik sebahagian dari kek yang kita belah tadi dan salutkan dengan cream cheese tadi dan letak sebahagian lagi dari kek tadi. Kemudain kita boleh hias kek dengan baki cream cheese dan letakkan strawberry. Bila dah siap simpan dalam peti sejuk sekejab. Dan sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!!


Big Love and Hug
WanieZulkafli
xoxo






0 Responses

Post a Comment