Unknown
Assalamualaikum W.B.T
Hai korang semua hahahah ok nie entry ke2 untuk hari nie.. moh la kita tengok apa yang dikatakan checklist perkahwinan yang kita perlu tahu ^_^

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS   
           Ø  Pilih tarikh dan waktu untuk :-
o   Majlis Penikahan
o   Majlis Resepsi
o   Majlis Bertandang
           Ø  Pilih lokasi untuk :-
o   Majlis Penikahan
o   Majlis Resepsi
o   Majlis Bertandang
          Ø  Tetapkan Tema Majlis
         Ø Anggaran jumlah tetamu dan mula buat checklist tetamu yang akan dijemput
          Ø  Rancang aturcara majlis
          Ø  Buat budget
          Ø  Hubungi khadi dan pejabat Agama Islam
          Ø  Pilih dan hubungi saksi perkahwinan
          Ø  Pilih tempat khusus kahwin
          Ø  Tempah dewan untuk majlis berlangsung
          Ø  Upah perunding majlis perkahwinan
          Ø  Tempah juru make up
          Ø  Tempah photographer
          Ø  Tempah videographer
          Ø  Tempah candy buffet
          Ø  Tempah photo booth
          Ø  Tempah persempahan silat
          Ø  Tempah kompang
          Ø  Tempah catering
          Ø  Pilih pengapit dan tema baju pengapit
          Ø  Pilih bridesmaids dan tema baju bridesmaids
          Ø  Beli barang2 hantaran untuk pihak lelaki dan perempuan
          Ø  Pilih gubahan hantaran
          Ø  Pilih lokasi berbulan madu
          Ø  Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Himpunkan senarai tetamu
Ø  Beli baju nikah untuk pengantin lelaki dan perempuan
Ø  Tempah baju majlis resepsi dan majlis bertandang termasuk aksesori
Ø  Tempah destinasi berbulan madu seperti flight tiket dan hotel
Ø  Tempah pengacara majlis termasuk PA Sytem dan DJ
Ø  Tempah kek perkahwinan
Ø  Tempah penginapan untuk pihak lelaki dan tetamu
Ø  Cari idea2 menarik untuk doorgift
Ø  Booking or DIY photobook
Ø  Buat facial dan body treatment (proceed sehingga hari majlis maksudnya buat sebulan sekali untuk pastikan wajah kita berseri2 di hari Bahagia kita nanti)

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Pilih dan tempah kad kahwin untuk majlis pihak lelaki dan perempuan
Ø  Sediakan peta lokasi
Ø  Tempah button badge untuk ahli keluarga dan bridesmaids
Ø  Tempah banner dan bunting
Ø  Beli cincin perkahwinan untuk pengantin lelaki dan perempuan
Ø Tempah atau beli hadiah cenderahati untuk tetamu vvip (family pihak lelaki  bagi majlis resepsi dan family pihak perempuan bagi majlis bertandang)
Ø  Tempah doorgift untuk tetamu
Ø  Tempah pakaian untuk family.
Ø  Beli hadiah istimewa untuk pasangan selain barang hantaran
Ø Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah dan dibayar wang deposit

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Daftar nikah secara online mengikut negeri masing2
Ø  Lengkapkan borang nikah secara online
Ø  Buat pemeriksaan kesihatan HIV (wajib) dan Telesimia (x wajib)
Ø Serahkan boring permohonan perkahwinan yang lengkap kepada pejabat agama masing2. (pihak lelaki perlu lengkapkan dan dapatkan pengesahan di pejabat agama terlebih dahulu sebelum diberi kepada pihak perempuan)
Ø  Booking tok kadi pilihan korang
Ø  Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
Ø  Serahkan barang hantaran kepada pengubah hantaran
Ø  Pilih senarai lagu
Ø  Tulis alamat tetamu pada kad jemputan

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah
Ø  Pos kad undangan bagi saudara atau rakan2 yang jauh
Ø  Memberi kad undangna secara face to face bagi yang dekat
Ø Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perundig majlis perkahwinan
Ø  Cetak aturcara majlis
Ø  Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
Ø  Rancang kedudukan candy buffet, photobooth, meja hadiah, dan lain2

SEBULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Bincang panduan yang disediakan besama photographer dan videographer
Ø  Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga
Ø  Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka pakaian.
Ø  Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
Ø  Sediakan hiasan meja
Ø  Pastikan cincin dalam ukuran yang betol
Ø Cuba kasut kahwin dan lakukan latihan untuk mengayakan nya supaya semuanya kelihatan cantik dan sempurna.

DUA KE TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS
Ø Hubungi Pejabat Aagama Negeri untuk mengesahkan kehadiran pendaftar pernikahan
Ø  Pastikan semua urusan berkaitan procedure pernikahan telah selesai
Ø  Serahkan permohona cuti kepada majikan
Ø  Selesaikan semua urusan kerja sebelum mula bercuti
Ø  Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada keterer
Ø  Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
Ø Aturkan kembali aturcara majlis supaya semua ahli2 yang terlibat ingat tugasan mereka
Ø Sahkan semula percutian bulan madu termasuk tiket penerbangan dan tempahan hotel
Ø Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi dan perkhidmatan professional seperti baki pembayaran untuk photographer, videographer, candy buffet, photo booth, dewan, catering dan lain2 dalam sampul duet yang berasingan.
Ø  Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut
Ø  Tugaskan seseorang untuk memberi doorgift kepada tetamu

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS
Ø  Pastikan anda telah bercuti
Ø  Pastikan pakaian pengantin telah diambil atau diterima
Ø  Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah di tempah
Ø  Sahkan semua perincian dengan caterer
Ø  Siapkan hantaran dan cenderahati dalam bentuk makanan
Ø  Siapkan semua doorgift untuk VVIP dan tetamu
Ø  Mulakan kerja2 mengemas pelamin dan bilik tidur
Ø  Buat rawatan muka dan badan buat kali terakhir
Ø  Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
Ø  Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis)
Ø  Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda
Ø  Buat raptai untuk majlis resepsi
Ø  Semak berulang kali senarai ini dan senarai keperluan

SEHARI SEBELUM MAJLIS
Ø  Pastikan barang2 yang disewa, ditempah dan dipinjam sudah diterima
Ø  Pastikan kerja2 akhir telah disipakan oleh pembantu pembantu anda
Ø  Pastikan semua ahli keluarga mengingati peranan masing2
Ø  Pakai inai di jari
Ø  Rehat dan tidur awal

HARI MAJLIS PERKAHWINAN
Ø  Bangun awal dan mandi sunat
Ø  Pastikan anda mempunyai masa yang mencukup untuk bersiap
Ø  Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup
Ø  Lalui majlis dengan penuh gembira

Hehehe ok sekarang kita dah ada checklis untuk our big day apa lagi moh la kita cek sekarang untuk melengkapi apa yang kurang dan yang paling penting kita kena la banyak2 berdoa pada Allah semoga majlis kita nanti berjalan dengan lancer, mendapat keredaan Allah dan rahmat daripada Allah dan yang paling penting semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik pada hari bahagia kita. J


Salam Sayang
WanieZulkafli

XOXO
1 Response
  1. Unknown Says:

    oh my GOD so mach to doooo


Post a Comment