Unknown

Assalamualaikum..
heheheh hai semua hari nie wanie nak kongsi lagi satu resepi mudah dengan korang semua. Tapi yang nie kene guna oven ea.. heheheh semuanya kek kek dan kek sebab wanie adalah CAKE LOVE!!
ok jom kita mulakan..

Bahan-Bahan


* Nutella
* Biskut Oreo ( 2 Pkt yg dah dibuang cream)
* Telur (4 biji)
* Perisa Vanila (2 tsp)
* Gula (1 cawan)
* Susu Penuh Cream (3/4 cawan)
* Cream Cheese (1kg)
* Unsalted Butter (8 g)
* Tepung Jagung (1 tsp)
* SpringForm Pan




Cara Penyediaan :-

1) Cairkan Butter
2) Kisar Oreo sehingga hancur kemudian masukkan butter yang telah dicairkan tadi dan kisar lagi sehingga sekata.
3) Masukkan bahan2 tadi di dalam acuan.dan ratakan.
4) Masukkan di dalam oven pada suhu 180 c (350 f) selama 13 ke 15 minit.
5) Campurkan cream cheese dan susu di dalam bekas dan gaul sebati.
6)Kemudian masukkan 1 cawan gula, tepung jagung, perisa vanila dan gaul lagi sehingga sebati.
7) Masukkan telur didalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga sebati.
8) Asingkan 1/3 daripada bahan adunan dan selebihnya kita campurkan bersama 2/3 cawan nutella dan gaul sebati.
9) Masukkan 1/3 daripada adunan yang di asingkan di atas adunan oreo yang telah dibakar tadi dan ratakan.
10) Kemudian masukkan 2/3 daripada adunan yang telah di campur dengan nutella di atas adunan  dan ratakan.
11) Bakar pada suhu 300 f (150c) selama 45 ke 55 minit. Kemudian tutupkan oven tetapi biarkan cake didalam oven selama 1 Jam
12) Kemudian Keluarkan cake dan biar ia sejuk.
13) Sementara itu kita panaskan 1/3 cawan susu jangan sampai ia mendidih ea.. Kemudian campurkan susu panas tadi bersama 2/3 cawan nutella dan gaul sebati.
14) Tuangkan Nutella tadi ke atas kek dan ratakan.Kemudian biarkan kek di dalam peti sejuk semalaman.
15) Hias kek mengikut citarasa anda.
16) Jeng jeng jeng kek sudah siap untuk dihidang..

heheheh Selamat mencuba ea.. 

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo

0 Responses

Post a Comment