Unknown
Assalamualaikum..

hehehehe dah lama betol x update dalam blog nie.. dah bersarang rasanya nie.. hahaha ok kali nie wanie nak update check list persiapan tunang part 2 ea.. hehehe. OK Sebelum nie wanie da share dengan korang tentang timetable untuk check list yang wanie buat so sekarang wanie nak share lagi detail tentang persiapan tunang so senang la bagi bakal2 tunangan orang yang nak buat rujukan nanti haaa dah x yah pening2 dok pikir...

ok xmau nak mengomel panjang so moh la kita proceed ea kak yong2 semua.. ^_^

1. Tarikh, Hari dan Masa
haaaa no 1 nie la yang paling penting sekali syg2 ku sekalian sebabnya kalau dah tau nak bertunang kene la da tarikh, hari dan masa. Kalau xda 3 benda penting nie macam ne korang nak bertunang kan.. ok Tarikh, hari dan masa yang korang nak pilih nanti kene la make sure semua orang ada dan dipersutujui oleh kedua2 belah pihak ea sbb time tunang nie parents dan ahli keluarga untuk kedua2 belah pihak la yang paling penting sebab dieorang yang nak datang berbincang nanti. So bila dah ada tarikh masa dan hari yang sesuai kita proceed ke next step.

Untuk Majlis pertunangan wanie yang lepas kami dah bersetuju untuk buat pada tarikh 8.8.2015 di Muar dan waktunya adalah selepas Solat Zohor. Tarikh nie dipilih bukan sebab nombor die nampak cantik ea hehehe tarikh nie dipilih sebab waktu nie je semua ahli keluarga dapat berkumpul terutamanya yang jauh di perantauan.

2. Tempat Majlis
Lepas kita dah da tarikh hari dan masa kita kene la decide tempat dan time tunang nie kita memang buat kat rumah pihak perempuan ea ( bagi yang dah tahu jangan la marah ea just nak inform pada yang lain :) ) Untuk majlis nie wanie buat di rumah Mak Uda wanie sebabnya wanie tinggal di
Batu Pahat jadi jauh dari sedara2 yang lain sebab yang lain semua tinggal di Muar jadi sebab tu wanie dan keluarga decide nak buat di rumah Mak Uda wanie.. Terima Kasih Mak Uda sebab bagi pinjam rumah heheheh.

3. Thema Tunang.
Thema tunang nie merujuk pada warna pakaian kita nanti sebab nanti senang nak matching dengan pelamin. hehehe untuk majlis wanie, wanie ambik tema hijau turquoise dan pink.. hehehe untuk wanie dan Encik Tunang kami pakai warna hijau turquoise. Jadi pelamin nanti warna pink akan lebih dari warna hijau.

4.  Hantaran 
Bila dah ada tarikh, hari, masa dan tempat jadi boleh la korang pikir tentang hantaran pulak. selalunya untuk hantaran pertunangan xda la banyak sangat dalam 3 balas 5, 5 balas 7, atau paling banyak 7 balas 9. Kebiasaannya hantaran untuk tunang nie kita banyak kan manisan sebab sebenarnya hantaran nie lebih kepada nak bagi kat ahli keluarga ea la sebab penat dieorang datang tolong kita kan. apa salahnya dikongsi apa yang ada dengan dieorang.. hehehe.
selalunya kalau pihak perempuan bagi 5 pihak laki bagi 3. selalu orang bagi ikot nombor ganjil dan pihak perempuan akan bagi lebih dari pihak laki ea. tapi jangan ditanya kenapa sebab wanie pun x tahu hehehe.

ok untuk list Hantaran wanie dan Encik tunang boleh tengok kat bawah ni ea. :-

Hantaran Pihak Perempuan untuk pihak lelaki :-

1) Kasut Kulit (Untuk pakai time Nikah)
2) Kain Sampin (Untuk Pakai time Nikah)
3) Baju Melayu (Untuk pakai time Nikah)
4) Cup cake
5) Buah- Buahan
6) Coklat Ferrero Rocher
7)Sireh Junjung

Hantaran Pihak Lelaki untuk pihak perempuan :-

1) Cincin Merisik dan Cincin Bertunang
2) Dress Nikah
3) Cake
4) Buah- Buahan
5) Sireh Junjung

* Nie tips untuk sesiapa yang nak berimat ea.. wanie cadangkan hantaran tunang nie better korang bagi barang yang nak dipakai time nikah nanti kan senang jimat pun jimat sebab time nikah nanti xyah pening2 cari barang2 nak pakai.. hehehehe

5. Baju Bertunang
Baju bertunang sebenarnya kalau nak lagi jimat better korang beli baju yang siap sebab kalau tempah sebenarnya lagi mahal dari beli baju siap. Sebabnya harga kain jer dah lebih dari RM50 tu x termasuk upah menjahit lagi especially bagi yang dok KL lagi la menangis nak cari tukang jahit yang murah. Tapi bagi yang mampu dan punya citarasa yang lain dari yang lain boleh je tempah dan buat baju ikot design korang.

Wanie beli jer baju siap kat Jalan Tar. Kat Jalan Tar nie da banyak kedai2 yang jual baju siap yang cantik2. yang simple ada yang cantik2 ala merelip2 pun ada.. harga pun bersesuaian la untuk yang nak budget. Wanie beli Kebaya pendek jenis kain songket dengan harga RM280 dan untuk Encik Tunang pun beli baju melayu die kat situ jugak baru RM100 siap dapat sampin free lagi. hehehe murah kan.. untuk Encik tunang pakai kemeja pun ok tapi wanie dan Encik Tunang lagi prefer untuk pakai Baju Melayu nanti.

6. Tudung dan Veil.
Untuk tudung wanie beli kat Masjid India jer.. hehehe wanie beli shawl baru RM25, Veil pulak wanie buat sendiri sebab lagi seronok bila dapat pakai veil ikut design yang kita nak dan lagi puas hati time pakai nanti. harga kos buat veil dalam RM100 sebab wanie beli lace yang dh da manik senang xyah nak jahit2 manik.. Untuk tahu cara nak DIY Veil nanti wnie share kat page lain ea.. hehehe sebenarnya korang boleh buat veil less than RM100 sebab ikut citarasa dan budget korang kan.

7. Mini Pelamin  
Untuk tunang kebiasaanya orang just buat mini pelamin jer sebab tunang je kan.. rugi buat besar2..
So korang boleh la cari2 kat encik google jenis mini pelamin yang macam mana yang korang nak dan spe yang korang nak ambik untuk buat pelamin nanti. sebenarnya kalau nak jimat better korang ambik pakej yang lengkap dengan pelamin dan make up sebab lagi murah. tapi wanie tak ambik pakej sebab wanie dah berkenan dengan make up sorang kakak nie. ok korang boleh survey yang mana murah kat majalah pengantin, majalah kahwin, mr. google or gi je kat facebook dan join la page tentang kahwin.

wanie cadangkan korang join group nie "All About Majlis Perkahwinan" kat facebook. (https://www.facebook.com/groups/majlisperkahwinan/?fref=ts)  kat group nie semua da.. pelamin, katering, make up photographer semua la dan korang boleh pilih ikut kemampuan dan citarasa korang. Untuk pelamin wanie ambik dengan pasangan suami isteri nie dalam RM400 sebab wanie ambik kerusi Cleopatra sebab bakal mak mertua wanie sakit lutut so untuk senangkan die better ambik kerusi dari duduk di lantai.. ea dak. ;) Facebook dieorang https://www.facebook.com/zuraien.baharom dieorang memang baik, peramah dan pantua. boleh dikatakan memang selesa dan bagus la guna service dieorang.

8. Make Up 
Service make up pun wanie cari kat facebook "All About Majlis Perkahwinan". cari punya cari wanie jumpa la satu kakak nie.. wanie suka cara die make up. kalau nak yang soft dan neutral pun cantik, nak yang heavy pun cantik. akak nie memang punctual orangnya dan cantik.. hehehe orang boleh tengok hasil kerja akak nie di Facebook die " Puteri Oh Asyikin" (https://www.facebook.com/noratasya.tasya.9?fref=ts) Make up wanie kene dalam RM250 dan wanie memang sangat berpuas hati dengan hasil kerja akak nie.

9. Photographer
Photographer pun masih sama wanie cari dalam facebook "All About Majlis perkahwinan". wanie dapat harga promotion dalam RM499. Pakej include :-
*1 Custom Album
*8GB Pendrive
* Free Outdoor
Bagi wanie harga yang wanie dapat nie agak murah la sebab gambar2 die memang tip top dan xrugi la ... nie nama Facebook die Thara Yusra (https://www.facebook.com/thara.yusra)

10. Doorgift.
Masa tunang nie doorgift xda la penting sangat. it depends nak bagi pun boleh xnak bagi pun boleh. tapi bagi wanie, wanie memang nak bagi sebab ea la penat2 tetamu datang meraikan majlis kita jadi apa salahnya kita happy kan dieorang dengan bagi something kan.. hehhe untuk doorgift wanie bagi mini sejadah dan makanan ringan.. Nak tahu tentang doorgit wanie macam harga dan etc nanti wanie update kat page lain ea..

11. Hand Bouquet 
Untuk Hand Bonquet wanie buat sendiri je.. beli barang2 dan bunga plastic kat masjid jamek dan buat sendiri jer lagi jimat hehhee.. total dalam RM40. Xmahal pun sebenarnya sebab hand bouquet nie kita boleh pakai lagi untuk majlis akad nikah nanti hehehe kan jimat..

12. Hidangan Makanan
Makanan nie pun penting sangat sebab ea la orang dah penat2 datang dan habis air liur berbincang untuk kita so mestila kita kene jamu dieorang makan dan minum yang sedap2 sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga kita pada dieorang.. Pada mulanya wanie dan keluarga decide nak gotong royong masak reramai jer.. dan nak buat lauk2 kampung macam asam pedas dan laksa.. tapi bila pikir2 balik dan buat budget ALAMAK!! mahal la pulak nak beli ikan dan masak... so kiteorang decide nak ambik katering jer.. katering nie ambik dengan kawan Pak Uda wanie.. Orang kampung situ jugak. Pak cik nie sangat baik.. order untuk 100 orang makan tapi die bagi lebih 50. harga pun sorang RM9. MURAH DAN SEDAP!! makanan yang kiteorang buat adalah :-

1) Nasi Minyak
2) Ayam MasaK Merah
3) Daging Masak Kicap
4) Arca Sayur
5) Ikan Masin
6) Air Tembikai
7 ) ETC (xingat hehehe)

Ada jugak kuih muih dan mee kari yang di sponsor oleh mak cik ku sayang.. hehehe

13) Khemah dan Kerusi 
Untuk khemah dan kerusi hehehe dah jimat sebab rumah Mak Uda wanie sekali dengan Kedai makan die.. maksudnya Mak Uda wanie da bukak kedai makan depan rumah so depan rumah die dah memang da khemah, meja dan kerusi so dah jimat x yah nak sewa. hehehe Alhamdulillah

14) Waki jurucakap untuk pihak lelaki dan perempuan.
Kebiasaanya jurucakap nie selalunya bukan ayah kita tapi orang lain yang tolong wakilkan.. Kita kene decide sape yang nak jadi jurucakap sebab nanti kita kene gitahu die apa yang dieorang nak bincangkan macam mengenai majlis nikah, hantaran, mas kahwin dan lain2 lagi tentnag hari nikah dan sanding nanti. so untuk pihak perempuan Pak Uda wanie minta kawan die yang wakilkan sebab die dah biasa jadi jurucakap nie dan nama Pak cik nie Pak Cik Syamsudin dan kebetulan nama jurucakap untuk pihak laki pun nama Pak Cik Syamsudin hehehe memang kebetulan sangat..

15. Jumlah Pihak Lelaki yang nak datang
Ha korang jangan lupa tanya jumlah ahli keluarga pihak lelaki berapa orang yang akan datang.. bukan apa takut makanan dan doorgift yang disediakan nanti x mencukupi.. orang kata biar lebih jangan kurang..

16. Homestay untuk keluarga Pihak Lelaki
Untuk gegirl yang Encik tunang nya duk jauh kene la cari homestay ea.. kalau tak dieorang nak tido mana.. cian dieorang.. Untuk wanie.. Encik tunang datang dari Kuala Lumpur dan KL ke Muar makan masa dalam 2 1/2 jam ke 3 jam saje.. so keluarga encik tunang decide xnak tido sebab just nak balik hari. tapi wanie tetap sewakan homestay sebelah rumah Mak Uda untuk dieorang rehat, mandi dan solat sebelum balik nanti. Wanie sewa homestay 1 hari hehehe sebab wanie, keluarga wanie, kawan2 wanie dan kawan2 adik semua tido kat rumah tu hehehe ea la rumah wanie kan di Batu Pahat so Batu Pahat nak ke Muar makan masa 1 jam so malas nak ulang alik jadi just stay kat situ then bila keluarga pihak lelaki datang kami duk la rumah Mak Uda hehehe sebelah je pun..

Anggaran perbelanjaan yang wanie dan keluarga keluarkan untuk majlis Pertunangna wanie adalah dalam RM2000. tapi korang boleh kurangkan lagi kos tu sebenarnya,

wanie harap tips2 dan checklist nie dapat la membantu korang nanti dan harap2 entry nie dapatla bagi sikit gambaran untuk korang tentang persiapan korang nanti.. Bagi yang bakal menjadi tunangna orang Tahniah wanie ucapkan dan semoga semua nya berjalan lancar ea.. Amin..

Assalamualaikum.

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
1 Response

Post a Comment