Unknown

Nyum Nyum!! hehehe nampak sedapkan ^_^ hari nie wanie nak kongsi resepi yang simple dan mudah dengan korang. Tak perlu guna oven pun hehhe boleh la cuba ea..

Bahan-Bahan

* strawberry
* Biskut Oreo (1 pkt)
* Butter (110 g)
* Susu Full Cream ( 200 ml)
* Milk Chocolate (200 g)
* Dark Chocolate (100 g)
* Tart pan (5x14 inci / 12 x 36 cm)
* Almond (yang dah dipotong halus)


Cara Penyediaan :-


1) Cairkan butter.
2) Kisar oreo sehingga hancur. Kemudian masukkan butter yang dah dicairkan tadi dan kisar lagi sehingga sebati.
3) Masukkan bahan2 yang dah dikisar tadi ke dalam acuan dan ratakan kemudian biarkan didalam peti sejuk sementara kita sediakan bahan yang lain.
4) Patah-patahkan milk coklat dan dark coklat kemudian letakkan di dalam bekas.
5) Panaskan susu pada suhu sederhana dan pastikan jangan sampai susu mendidih. Kemudian masukkan susu tadi didalam bekas yang berisi coklat tadi. Biarkan selama 1 minit kemudian gaul sebati.
6) Masukkan kan adunan  di dalam acuan yang berisi oreo tadi kemudian hiaskan dengan strawberry mengikut cita rasa korang ea.. hehehe
7) Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 jam atau seharian.
8) Hiaskan tart tadi dengan almond yang dah dipotong tadi ea.
9) OK siap untuk dihidang..


Ha senangkan.. hehehe selamat mencuba ea..

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
0 Responses

Post a Comment