Unknown


Assalamualaikum semua!!

hehehe tengah2 sakit nie rasa macam geram jer tengok resepi kek2 yang da dalam FB kak Azlina so apa lagi copy copy and copy untuk rujukan di masa hadapan.. heheheh

Bahan - Bahan
Perisa Oren
Tutti Fruity Flavor
Pewarna Oren
1 Cawan Tepung Gandum
1/4 cawan tepung hong kong @ superfine
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
3 biji telur gred A @ gred B
3/4 cawan gula halus
1sb ovalate
5sb butter (yang dah dicairkan)
1 sb kulit oren yang dah diparut halus sgt2
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping dairy
3sb susu cair
2 cawan whipping cream dairy
250g coklat masakan (dicincang)
2sb butter

Cara Penyediaan
1) Ayakkan 1 cawan tepung gandum, 1/4 cawan tepung superfine, 1sk baking powder dan 1 sk soda bikarbonat. Bila dah ayak ketepikan.

2) Mixkan 3 biji telur, 3/4 cawan gula halus, 1sb ovalate, 1 sk perisa ore, 1sk esen tutti fruity dan 2 sk pewarna oren. Mix kan sampai kembang ea bukan gebu. Maksudnya adunan masih dalam keadaan cair tapi pekat dan warna adunan akan berubah dari oren pekat kepada oren lembut.

3) Lepas dah kembang kita masukkan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit sampai habis dan mix kan sebati.

4) Kacau 3 hingga 4 pusingan supaya kita dapat buang angin dalam adunan tu.  Kemudian masukkan 5 sb butter yang dah dicaikan  dan kacau sebati.

5) Kemudian masukkan parutan kulit oren tadi dan kacau sebati.

6) Masukkan adunan dalam bekas kek dan kukuskan. Sebelum kukus kita perlu tutup bekas kek dengan plastic wrapping then boleh kukus selama 10 minit dalam api besar.



7) Bila dah kukus keluarkan kek dan sejukkan kan. kemudian belah kek kepada 2 bahagian.

8) Sekarang moh kita buat cream cheese pulak ea. Mix kan 250 g cream cheese dan 1/2 caawan susu pekat. Bila dah sebati masukkan 1/2 cawan whipping dairy. Mix sampai kental kemudian masukkan 3sb susu cair dan mix lagi sampai sebati dan ketepikan.

9) Sekarang kita buat ganece coklat pulak.  Panaskan 2 cawan whipping dairy kemudian masukkan 250g coklat masakan. Kacau sampai larut dan masukkan 2sb butter. Bila dah sebati biarkan sejuk dan ketepikan.

10) ambik sikit adunan cream cheese tadi dan letakkan sikit perisa oren, pewarna oren dan perisa tutti fruity dan gaul sebati. Ketepikan.

11) Masukkan sebahagian kek yang di potong tadi dalam bekas kek dan sapukan cream cheese dan letakkan lagi sebahagian kek tadi dan sapukan lagi 1 layer cream cheese. Kemudian layerkan dengan adunan ganace coklat.

12) Lorekkan adunan oren tadi atas genace coklat. Akhirnya sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. dan sedia untuk dihidang.

Nyum! Nyum. Selamat Mencuba korang !!

Big Love and Hug
WanieZulkafli
xoxo

0 Responses

Post a Comment